My Headlines

Sunday, 16 June 2013

PUISI : SAYANG....AKU KEMBALI



 photo semangat_zps747687e6.jpg

Sayang.....Aku Kembali


Sayang.....aku kembali
kembali dengan satu tekad
kembali dengan satu semangat
akan ku tinggalkan memori semalam
semalam yang penuh dengan dusta....
semalam yang penuh dengan duka....
semalam yang penuh dengan kepura puraan....
semalam yang penuh dengan siksa dan pilu....





Sayang.....aku kembali
kerana cinta bisa membuat aku bahagia
kerana cinta bisa membuat aku terluka
kerana cinta bisa membuat airmataku berderai
sia sialah  setia padamu
jika selalu terluka
mungkin kerana terlalu setia
aku didustai....
cinta tak akan pernah bahagia

Sayang.....aku kembali
walau pun susah untuk ku melupakan mu
aku pasrah pada takdir
bahawa istana cinta yang kita bina bersama
telah berakhir....
musnah dicemburui
dinodai sang waktu dan situasi
rebah menyembah bumi gersang
akhirnya....
musnah sekelip mata

Sayang.....aku kembali
Walaupun terluka jiwaku merana
kan ku pasrah untuk bercinta lagi
kan ku terus bercinta dan dicinta
yang pastinya....
bukan dengan cintamu
terima kasih pelangi sirnaku
untukmu selamanya







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis