My Headlines

Sunday, 9 June 2013

PUISI : KAU PENYERI HIDUPKU



 photo Rasacinta_zpscdb3a2c4.jpg 

Kau Penyeri Hidupku 


Kau hadir entah dari mana 
Tiba-tiba menyapaku 
Menghulur salam perkenalan 
Ku sambut dengan hati terbuka 

Hari demi hari 
Hubungan kita makin mekar 
Semekar bunga di taman syahdu 
Seceria mentari menyinari alam semesta 

Kau meluahkan hasrat hatimu 
Tapi aku masih keliru untuk menerimanya 
Kerana aku masih dalam bayangan seseorang 
Namun kau tak pernah mengalah 
Kau tetap menemaniku 
Kau tetap menyapaku 
Kau tetap menyeri hidupku dengan bunga sms 
Dengan gelak tawa & usikan manja 

Kerana sikapmu aku terpaut 
Kerana keikhlasanmu aku terpikat 
Kerana dirimu aku tertawan 
Kerana kesungguhanmu aku tergoda 

Sejauhmana perjalanan hubungan kita 
Biar takdir saja menentukan segalanya 
Andai sudah tersurat dirimu milikku 


Jun 09,2013     08:26pm


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis