Kerana....
Buntu benar aku dengan keadaan ini
bahang kepanasan buat aku semakin lemas
duduk, berdiri, baring dan mundar mandir
aku rasakan serba kosong
kerana telah semu dan perih aksara ini
Saat ini aku masih terpaku di birai jendela
hanya sunyi, hanya sepi yang sudi menyapa
aku hanya diam membisu
tiada upaya untuk menyahut
kerana aku tahu semua itu hanya ilusi
Entah apa yang kurasakan ketika ini
aku sendiri tidak pasti
yang pastinya aku bosan dan lelah
tiada teman untuk berbicara
hanya terperap di kamar usang ini sendirian
Wahai hati, wahai jiwa
maaf akan sikap sinisku
aku terkesima dalam rintihan sepi
tak bisa kuingkari rasa ini
kerana aku sendiri tiada upaya menghindarinya
No comments:
Post a Comment