Syawal Yang Kelabu ...
Gemersik takbir mengundang hiba
mendayu dayu bergema di setiap ruang
menitis jua air mata ini tanpa ku sedari
aku gagahi untuk menghindarinya
Sayu amat sayu
hati ini sedih amat sedih
bersendirian meratap pilu
menjelang fajar syawal tiba
maafkan aku kerana rapuh menghadapinya
Kuingin mengulangi manisnya bersama
menyambut hari bahagia
takdir memisahkan, aku rindu pertemuan
kapankah hasrat akan menjadi nyata
ya! Allah ya! Allah
Dalam kepekatan jiwa yang mulai rapuh
umpama raga tanpa sukma
aku bersyukur masih di beri peluang untuk menghayati rahmatNya
aku pasrah apa yang menjadi kehendak
walau pada dasarnya perih ...
Nukilan : Kelana Jiwa
26062017:0616
No comments:
Post a Comment