My Headlines

Friday 31 October 2014

PUISI : SEKEJAM ITUKAH ENGKAU....




 photo Akusendirian_zps81ae0095.jpg

Sekejam Itukah Engkau?....

Bagaimana harus ku lenyapkan perasaan ini
terselit kegelisahan yang kian gusar
entah mengapa perasaan ini begitu sulit untuk aku kendalikan
menghempas ganas bak gelora samudera biru
hadir disegenap ruang-ruang waktu ku
mendamparkan aku di tepian yang tak berpenjuru

Wednesday 29 October 2014

RENUNGAN : SEDIH BEKAS KEKASIH DATANG PELUK DI MAJLIS PERSANDINGAN....



Sedih Bekas Kekasih Datang Peluk Di Majlis Persadingan....

Hari Jumat (17/10), merupakan hari yang paling membahagiakan buat artis Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Sebab, mereka mengikat janji suci sebagai pasangan suami isteri.

Namun dipastikan tak ada bekas kekasih Raffi yang hadir dalam pernikahan pengacara kaya tersebut. Berbeda dengan Risna (22) di Kecamatan Kajang, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Tuesday 28 October 2014

RENUNGAN : CARA NAK DEKATI LELAKI PEMALU....




 photo Pemalu_zps0eb5f1e7.jpg

Cara Nak Dekati Lelaki Pemalu....

Terjatuh hati kepada lelaki pemalu | anda tidak tahu untuk mendekati mereka. ketahui bagaimana untuk mendekati mereka yang pemalu ini. Menjadi lumrah manusia akan berpasangan, jadi tidak salah jika kita pelajari cara untuk mengenali pasangan yang kita inginkan.

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

Monday 27 October 2014

PUISI : AKUKAH YANG BERSALAH?....




 photo Curiga_zps5dff9edb.jpg

Akukah Yang Bersalah?....

Akukah yang terlalu curiga
atau kau kah yang terlalu menyembunyikan perasaanmu padaku,
terkulai aku di padang cinta ini
ketandusan warna cinta darimu

Sunday 26 October 2014

RENUNGAN : MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI?....





 photo LelakiPerempuan_zps2773f58d.jpg

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?....

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

MELODI CINTA : ALASAN UNTUK BAHAGIA....





Lirik Lagu Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia



Saturday 25 October 2014

RENUNGAN : 8 SIKAP WANITA YANG DI SUKAI LELAKI....




 photo Solehah_zpse680856e.jpg

8 Sikap Wanita Yang Di sukai Lelaki....

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan anda untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami.

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

RENUNGAN : 8 KEUNIKAN CINTA!....




 photo KeyunikanCinta_zpsd86bd7cd.jpg

8 Keunikan CINTA!....

1. Cinta adalah perbuatan. Kamu tidak boleh berkata cinta tanpa membuktikan apa yang kamu kata. Kamu perlu buktikan pada orang yang kamu cinta bahawa kamu cinta pada dia.

2. Cinta lebih dari satu perasaan kerana cinta boleh menyebabkan kamu gembira, sedih, tertekan dan alami bermacam-macam perasaan lagi. Cinta juga berubah mengikut mood.

MELODI PUISI : SELAGI AKU MAMPU BERNAFAS....






Bagaimana harus ku mulai bicara ini
bicara tentang kehidupan
bicara tentang kelelahan hidup
bicara tentang badai gelora hidup
bicara tentang arah tuju kehidupan....


RENUNGAN : TANDA LELAKI SAYANG....






Tanda Lelaki Sayang….

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.


Sunday 19 October 2014

PUISI : JIKA KAU BERTANYA PADAKU....



 

Jika Kau Bertanya Padaku....

Sesungguhnya 
aku dambakan cintamu
aku mengemis sayangmu
aku menagih kasihmu
aku pertaruhkan keegoanku
kerana hatiku tak bisa berdusta lagi

Friday 17 October 2014

MELODI PUISI : KETIKA RINDUKU TAK DIHARGAI....






Jika bintang-bintang sudah tidak dapat lagi menemani,
Biarlah ku nikmati kesunyian ini,
Jika puisi indah sudah tak dapat lagi mewakili perasaan ini,
Biarlah ku nikmati kehampaan ini....

~~~ Kelana Jiwa ~~~

Saturday 11 October 2014

PUISI : BATASAN DAN SEMPADAN....



 photo Mencintaimu_zps59a1a7de.jpg 

Batasan Dan sempadan....

Kenapa perlu ada batasan
kenapa perlu ada sempadan
bukankah cinta itu sesuatu yang indah
satu anugerah yang tak ternilai
meski pun ia hanya satu perasaan


Saturday 4 October 2014

PUISI : SIAPA TAHU....



 photo ba3c6551-b446-4d3d-9b04-c66601c95395_zpsd7dd0e1c.jpg 

Siapa Tahu.... 

Sering terucap dari bibirmu 
bicara menyemukan diri 
yang sering kau uraikan 
yang sering kau ungkapkan 
ternyata hatimu tak bisa bicara dusta 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis