Batasan Dan sempadan....
Kenapa perlu ada batasan
kenapa perlu ada sempadan
bukankah cinta itu sesuatu yang indah
satu anugerah yang tak ternilai
meski pun ia hanya satu perasaan
Kenapa perlu ada syarat
kenapa perlu ada ketetapan
bukankan perasaan itu sesuatu yang bebas
di miliki semua insani yang bergelar manusia
perlukah di sangkal keujudannya
Batasan hanya memisahkan kau dan aku
sempadan hanya menjarakkan kau dan aku
tapi...
batas dan jarak hanya memisahkan raga kita
bukan hati, bukan nurani kita
Bicara hati, bicara ikhlas
bila hati dan perasaan di gabung
akan saling melengkapi
terhasil suatu rasa yang unik
terputik kasih sayang yang luhur
satu kenikmatan yang tak semua bisa merasinya
Katakan dan terus katakan
"Aku Sayang Padamu"
sapertimana yang sering ku ucapkan padamu
"Aku Rindu Padamu"
sapertimana yang sering ku ucapkan padamu
kiranya ikhlas untuk kau perkatakan
Ini kalimat yang dapatku perkatakan padamu
cintaku padamu adalah keranaNya
sayangku padamu adalah keranaNya
kasihku padamu adalah keranaNya
rinduku padamu adalah keranaNya
Permudahkan, jangan di persulitkan
kerana cinta adalah realiti
kerana kasih sayang adalah keperluan
kerana Hati adalah kata ketentuan
kerana perasaan adalah kebebasan
No comments:
Post a Comment