Sekejam Itukah Engkau?....
Bagaimana harus ku lenyapkan perasaan ini
terselit kegelisahan yang kian gusar
entah mengapa perasaan ini begitu sulit untuk aku kendalikan
menghempas ganas bak gelora samudera biru
hadir disegenap ruang-ruang waktu ku
Aku tak bisa mengerti
aksaraku sengsara keranamu
aksaraku tersiksa keranamu
aksaraku derita keranamu
tak terungkai dik kewarasan fikiranku
semu untuk mengungkapkan perasaan ini
Engkau datang dan pergi
bagai sekelibat bayu yang lalu
meninggalkan aku sayup di ufuk kedinginanmu
terperuk kegigilan resah kesendirian
tanpa di belas, tanpa di kasihani
tanpa memperdulikan perasaan hatiku
Sekejam itukah engkau?
Engkau menjuruskan aku di luar batas kesadaranku
engkau menjuruskan aku di luar batas kewarasanku
engkau menjuruskan aku di luar batas kemunafikanku
engkau menjuruskan aku tanpa batas keilusianku
bersendiwara dengan mimpi-mimpi dan omongan kosong
terperdaya jauh oleh fikiranku sendiri
Aku pasrah, aku tega
dengan apa yang tersurat dan tersirat
kerana batasan dan sempadanku telah di hadkan
No comments:
Post a Comment