29hb November 2012
29hb November 2012....
Ku nanti kedatanganmu
hadirmu nanti akan merubah segala galanya
kehidupan...
keperibadian...
keegoan...
kedamaian...
29hb November 2012....
hati bertemu hati
hati dan hati akan terpisah
perpisahan mutlak selama lamanya
terjaraklah antara aku dan engkau
bak lautan luas yang tiada tepinya
terlontarlah aku dan engkau dengan kekagetan sendiri
terputus jua kasih abadi
29hb November 2012....
tarikh keramat untuk ditempuhi
yang akan meninggalkan
serumpun memori
selautan kesedihan
segunung kepiluan
sedaratan kesengsaraan
ahhh! terdayakah aku?
29hb November 2012....
sekiranya esuk aku masih ada
tertempuhlah aku
sekiranya esuk aku tiada lagi
tahukah engkau?
hidup dan matiku
kerana ALLAH...
penyebabnya ENGKAU
Nukilan : SulaimanKamal
19hb November 2012 : 1:30am
No comments:
Post a Comment