Selamat Tinggal 2011, Menjelma 2012....
Tik..Tik..Tik..
masa
kau tetap berlalu pergi
dalam apa jua keadaan sekali pun
megah melangkah membelah badai
tanpa menoleh kebelakang
2011
hanya berapa detik dan saat
cuma
keujudan mu akan berakhir jua
meninggalkan nostalgia suka dan duka
pahit dan manis kehidupan manusiawi
2011
tiada apa yang harus ku ungkapkan
tiada jua ungkitan
kau meninggalkan noktah hitam
kesan kehancuran keharmonian hidupku
hidupku musnah sama sekali
istana kasih yang ku bina
sekian lamanya
berkecai berderai ketika waktumu
2011
ku kira panas hingga keakhiran waktu mu
namun gerimis mengundang
mengugat kestabilan ketenanganku
perjalanan waktuku musnah sekelip mata
dik kerana kesilapan dan kealpaan
akal fikiran insani
2011
kau mengajarku tentang kehidupan sebenar
mendewasakan pemikiran cetek ku
membuka minda yang tertutup rapat
selama ini....
namun aku tidak pernah kesal
dengan apa yang terjadi
sudah tersurat
mungkin
2011
kini aku sendirian
untuk menempuh gelora kehidupan
yang tiada siapa akan dapat menduga
perjalanan waktunya
aku
mengucapkan selamat datang
kepada 2012
semuga hidup ku bersinar dan bercahaya
kembali
didalam waktu waktu mu
2011
selamat tinggal untuk mu
walaupun berat untuk melepaskan
kau pergi
jasamu ku kenang
kau akan ku rindui
bersemadilah engkau dengan aman
No comments:
Post a Comment