Kerana Mu, Aku Menangis....
Biarkan rasa ini akan terus ada
keujudan cinta di hati
laksana sang pelangi
menemani kealpaan merindu orang disayang
indah kurasakan
Kasih yang ku dambakan
seketika akan berbunga
hilang tanpa kata kata
pergi mu bersama angin lalu
jesteru itu hati ku dilukai
amat menusuk kalbu
kerana mu ku tersiksa
Kau rasuki jiwa ini
menyiksa batin tersiksa
terkedu....
termanggu....
nasib yang memusuhiku
menghitung hari hari
tak pernah rasa bahagia
Tanpa sedari siapa diri
tega..... mengemis kasih orang
menumpang dikaki lima sudut hati
masih ujud kah rasa sayang
atau telah ujud kebencian kini
aku tak tahu....
Aku dihujung persimpangan
walaupun antara rela atau keterpaksaan
kehilangan kasih mu
bersama sinar nostalgia
ku lepaskan kau pergi jua
Suatu masa....
kiranya dapat kau merasi
kekusutan kepiluan dihati ini
bagai semarak api yang membakar
kerana kehilangan kekasih
pergi mu, tanpa pesan
tanpa merasa aku manusia
yang punya perasaan sama seperti mu
kerana mu, aku menangis....
No comments:
Post a Comment