Keegoan Lelaki.........
Keegoan lelaki.....
satu anugerah yang tak ternilai
mengatasi segala galanya
tidak bisa ditunduki
betapa mahanya keegoan lelaki
tetapi.....
Keegoan lelaki.....
berkitar dengan perasaan jua
kalau ikut rasa binasa
kalau ikut hati mati
kalau ikut perasaan.....
musnah keegoan yang diagung agungkan
sekelip mata
Keegoan lelaki.....
gahnya pada yang tidak berperasaan
gahnya pada yang tidak berhati
tiada nilai kasih sayang
tiada nilai keharmonian
tiada nilai pertimbangan
haruskah kaum adam
mendambakannya?.....
Keegoan lelaki.....
usah kau mendabik dada
apabila perasaan mengatasi keegoan mu
sujut menyembah tika waktunya
kucar kacir kehidupan
saperti apa yang ku alami kini
ditelanjangi oleh keadaan
malu pada diri sendiri
kerana mendambakan keegoan lelaki
No comments:
Post a Comment