My Headlines

Sunday, 28 July 2013

PUISI : ANDAI SYAWAL TERAKHIR UNTUKKU....



 photo HariRaya_zps550f38ec.jpg 

Andai Syawal Terakhir Untukku....

Dalam keasyikkan insan lain bergembira
mensyukuri menyambut kemuliaan Ramadhan
tertatih aku laluinya tanpa sesiapapun
dalam hati kecil ini ada secercah penyesalan
yang tidak bisa berkesudahan
aku merasai diri ini terlalu kerdil
merasakan diri ini sentiasa dihantui oleh dosa
hidup, kadang apa yang tidak kita inginkan
bisa datang menghampiri
sehingga terkhilaf dalam hati

Friday, 26 July 2013

PUISI : ANGAN-ANGAN KOSONG....



 photo Angan-angan_zps38acd175.jpg 

Angan-Angan Kosong....

Disudut kamar hatiku
masih ada ungkapan yang tak bisa terurai
bagai ada seuntai hamparan kesangsian
melingkari pelusuk jiwa yang tersentuhi
tersentak hati di khayalan
tika dibelai fakta-fakta kesamaran     
dalam menongkah halatuju pencarian
persingahan titian hasrat
antara persimpangan ilusi dan realiti
adakah bisa mungkin

Monday, 22 July 2013

PUISI : MASIH SAMA SEPERTI KELMARIN....



 photo Kebinggungan_zps4ec409cc.jpg 

Masih Sama Seperti kelmarin....

Hari ini masih sama seperti kelmarin
terbatas dengan kolum imaginasiku
hanya satu yang berbeza yaitu perasaanku
entah mengapa aku merasa seperti 
sesuatu yang tak terungkapkan
andai bisa aku mengerti
bagaimana tuk uraikan kondisi rasa itu
akan ku jadikan rangkap puitis
agar kalian dapat memahami bersama
rasa yang ku rasa tika ini

Thursday, 18 July 2013

PUISI : KALA HATI....



 photo putusasa_zps031c7d60.jpg 

Kala Hati....

Harus ku mulai dari mana
sebuah bicara luahan asa
Kala hati semakin merana
kala hati semakin gundah
kala hati semakin terjebak
terjerumus dengan mainan kata-kata nista
terperangkap dalam ulitan pujukan dusta
terpedaya oleh janji manis penjerat kalbu
sajian jambangan harapan kosong
aku tertipu dalam mesra
aku tersentak kebisuan
terbungkam

Wednesday, 17 July 2013

PUISI : AKU, RAMADHAN DAN MEMORI....



 photo RinduRamadhan_zps981a0ce8.jpg 

Aku, Ramadhan Dan Memori....

Marhaban ya Ramadhan
ungkapan yang sering kali
kedengaran kala Ramadhan menjelma
saat umat islam menunaikan ibadah puasa
melaksanakan rukun islam yang ke3
saat insan lain bersama keluarga
meraikannya....
namun kini tiada bagiku
kesendirian aku laksanakannya
walau tersentuh jiwaku
menyusuri hari harinya dengan tabah
menghambakan diri pada tuntutan ilahi
dengan sisa-sisa nyawa yang masih ada
aku pasrah pada ketentuannya

Monday, 15 July 2013

PUISI : KERANAMU, AKU MENANGIS....



 photo menangis2_zpsde071479.jpg 

Kerana Mu, Aku Menangis....

Biarkan rasa ini akan terus ada
keujudan cinta di hati
laksana sang pelangi
menemani kealpaan merindu orang disayang
indah kurasakan

Sunday, 14 July 2013

PUISI : APA PENDAPAT KALIAN!....



 photo Pencarian_zps0604125a.jpg 

Apa Pendapat Kalian!....

Aku masih disini
menyusuri liku liku hidup
yang tidak terbatas
berimiginasikan sesuatu yang tak tercapai
oleh akal fikiran kemanusiaan

Kedamaian yang mengamit
belum bisa aku gapai
kedepangan dihadapan mata
melambai lambai kedatanganku
namun masih terlalu berliku 
aku kekagetan
terlalu subuh masanya
untuk menyertai kalian

Duniaku masih kelabu
makin ku cuba makin gelap
kegelapan yang melemaskan
minda kelakian ku
mestikah aku terus meratapi
mestikah aku terus merintih
mestikah aku terus merayu
pada hari semalamku

Apa pendapat kalian!....





Saturday, 13 July 2013

PUISI : SUATU KETIKA....



 photo Hancurnya_zps19a6dee1.jpg 

Suatu ketika.....


Waktu....
kau datang jua meragut
segala yang telah aku bina
jiwa kian terpisah
simpulan cinta terlucut kini
mengakhiri sumpah setia
jalinan mesra dua hati dan perasaan
bertahun keasyikan kasih dan sayang
ditatang....
dibelai....
dipuja....
sekian arus waktu
sesaat....
berderai umpama halusi kaca terhempas

Thursday, 11 July 2013

RENUNGAN : KEKASIH CEMBURU BUTA



 photo cemburu_zps55d6e402.jpg 

Kekasih Cemburu Buta....

Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.

SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Jom, kita terjah 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

* Sering melemparkan tuduhan

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.

Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

* Cuba mencari kesalahan anda

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

* Sanggup bunuh diri

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

* Sentiasa ingin bersama

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti sosial

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

* Wartawan dan polis

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

* Suka buruk sangka

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan.




Wednesday, 10 July 2013

RENUNGAN : 12 PERKARA TENTANG CINTA PATUT ANDA TAHU



 photo cintasejoli_zps67d50f83.jpg 

12 Perkara Tentang Cinta Patut Anda Tahu

Buat semua, disini ada 12 perkara anda perlu tahu tentang cinta. Jangan ingat nak bercinta je tau. Nak tau...jom baca.

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.




Tuesday, 9 July 2013

RENUNGAN : 9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



hati photo: sucikan hati sucikan_hati.gif 

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan kebahagiaan

1.Pemarah
Silap sikit melenting tak tentu pasal.Sahabat dan rakan akan menjauhkan diri kerna takut tersilap yang boleh membangkitkan kemarahannya

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 

3. Hasad dengki
tidak senang dengan kelebihan orang lain. Sifat dengki akan menyebabkan semua amalannya akan terhapus sepertimana kata Nabi api yang memakan daun kering. 

4. Bakhil
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia. 

5.Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"





Monday, 8 July 2013

MELODI CINTA : HARAPAN



 

Harapan 

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...




PUISI : AKAN KU UNTAI....



 photo inlove_zpse7589dca.gif 

Akan Ku Untai....

Malam, aku tak bisa tidur
kerana terbayang terus wajahmu
berpura-pura melupakanmu adalah hal mustahil untuk kulakukan
setiap malam rindu ini meronta dari kebisuannya
biarkan malam ini menjadi malam panjang dengan kesendirianku
siang, hari terasa sepi
kerana tak ada kamu
aku tak perlu pahlawan
aku tak perlu penyelamat hidup
yang ku perlu hanya waktu untuk sembuhkan semua luka...
aku tersenyum bukan bererti  aku sedang bahagia
tapi senyumanku menutupi duka laraku
Semua akan indah pada waktunya

Sunday, 7 July 2013

PUISI : BELENGGU PERCINTAAN....



 photo Belenggu_zps565160a1.jpg 

Belenggu Percintaan....

Kau hadir menyiksa setiap ruang batinku
menjerumuskan diriku dalam belenggu percintaan
keterpaan sang jiwa
tika......
mengimbau kasih semalam
membuat kehadiranmu
meleraikan keutuhan upayaku
tak terimbau....
tak terduga....
Mengalir air mataku
menemani malam sepiku

Friday, 5 July 2013

PUISI : KEEGOAN LELAKI




 photo Ego_zps968c0859.jpg

Keegoan Lelaki.........

Keegoan lelaki.....
satu anugerah yang tak ternilai
mengatasi segala galanya
tidak bisa ditunduki
betapa mahanya keegoan lelaki
tetapi.....

Thursday, 4 July 2013

PUISI : AKU TEWAS DALAM KESESATAN....


 photo kekecewaan_zpscfaa38a7.jpg 

Aku Tewas Dalam Kesesatan....

Masa terus terusan 
mendalangi harianku
menjana kekusutan yang amat maha
mendampingi perjalanan kembara
melalui liku liku harian tanpa perancana
membiarkan diri ditakluki kehampaan
yang memutarbelitkan ketenangan jiwa
tergundah terkulai layu....

PUISI : JB, LIDO, KAU MENJELMA LAGI....



 photo PantaiLido_zps8690e5e8.jpg 

JB, Lido, Kau Menjelma Lagi....

JB, Lido....kau mengamit nostalgia silam
kemasan persisiran pantai, deruan angin Lido suatu ketika
menjadi saksi kesumat mutlak
pertemuan tawarikh yang abadi
tanpa rancang....tanpa perjanjian....tanpa rencana....
kita diketemukan buat acap kalinya

Wednesday, 3 July 2013

PUISI : ENTAH KENAPA, DIRIKU MERASA BEGITU



 photo Rosesisred_zpse824d264.jpg 

Entah Kenapa, Diriku Merasa Begitu....   


Aduhai hati yang melati 
entah mengapa....
entah bagaimana, pertama kalinya....
hati ini bagai di pukau....
ku rasa tak menentu
tika dirimu menjelma
sayang....
wajah mu menghantui harian ku
tersentuh tercuit jua galeri hati ini
apakah ertinya?

Monday, 1 July 2013

PUISI : RUANG, WAKTU DAN SEPI....



 photo masa_zps43228fa4.jpg 

Ruang,Waktu Dan Sepi....

Sepi....ahh! terlalu menusuk kalbu
aku semakin parah, semakin hilang kekuatan diri
kecewa....
ketandusan....
kesunyian.....
keseorangan tika ini
Oh malam, haruskah aku terusan begini?
terjawabkah definasi ungkapan ini......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis