Tanggal November 29, 2011....
Genap kini 3 tahun selingkar kisah berlalu
yang menyemukan aksaraku buat sekian lama
bertapa aku tersiksa kerana turuti kehendakmu
demi kebahagian yang kau impikan
aku tunduk mengalah relakan kepiluan jiwa
Aku tahu
aku redho apa yang telah di rencanakan
sudah tertulis suratan takdir untuk kita
terputus kasih sayang untuk selamanya
terpisah cinta untuk selamanya
Terperuk aku dalam kelelahan
tersiksa menempuh azab sengsara
rayuan demi rayuan ku titipkan
pujukan demi pujukan ku dambakan
sesungguhnya keegoaanmu mengatasi segalanya
Kau semakin mendabik dada
kau semakin angkuh membara
kau semakin kejam berdendam
kau semakin lupa batasan
kau semakin lupa sempadan diri
Hari ini ia hanya sekadar bayangan hitam
rentetan-rentetan perjalanan waktu
saat-saat akhir ketika tarikh keramat lafasan terakhirku
saat-saat akhir untuk kasih sayang aku di pisahkan
saat-saat akhir untuk cinta aku di rampas dengan rakus
aku teramat kecewa saat itu
Kini setelah 3 tahun berlalu
sedetik demi sedetik
memori hitam itu kian terhakis
memori hitam itu kian pudar
memori hitam itu kian lenyap
kau semakin pupus dalam diari hidupku
Bila memang cinta tak mungkin bersama
semoga tak ada luka di antara kita
kisah yang pernah ada
biarlah menjadi tautan jiwa
yang nyata namun tiada
Meskipun aku masih sendirian saat ini
aku gigih jalani kegetilan hidup ini dengan tabah
walaupun sekadar menumpang kasih
kerana kehidupan ku kini
di warnai, di pancari sinaran cahaya
sang pelangi sirna
Suntikan bicara-bicara semangat
menyedarkan aku betapa terlalu bodohnya aku
menyedarkan aku betapa terlalu naif dan daifnya aku
mensia-siakan sisa-sisa hidup ini
menyiksa diri sendiri sekian lama
Menolak segala bahagia di hadapanku
hanya kerana engkau
Terima kasih
sang pelangi sirna
kerana izinkan aku menumpang kasihmu
walaupun mungkin hanya seketika waktu
selagi aku masih bernafas
Mungkin ada hikmah disebalik terjadinya
tanggal November 29, 2011..
In syaa allah...
No comments:
Post a Comment