My Headlines

Saturday, 8 November 2014

PUISI : DIAMKU UNTUK KEBAIKANMU....




 photo terkadang1_zpsebccafe1.jpg

Diamku Untuk Kebaikanmu....

Diamku bukan merajuk
diamku bukan berkecil hati
diamku bukan membawa diri
diamku kerana keterpaksaan
diamku mencari ketenangan

Maafkan aku
diamku bukan merajuk
biar aku diam buat seketika
diamku bukan untuk menambah sengketa
diamku untuk kebaikanmu

Maafkan aku
diamku bukan berkecil hati
tiada dendam tiada amarah
jangan salah anggap dengan diamku
diamku untuk kebaikanmu

Maafkan aku
diamku bukan membawa diri
aku masih bersama kamu
sentiasa di sisi di setiap waktumu
diamku untuk kebaikanmu

Maafkan aku
diamku kerana keterpaksaan
tiada siapa yang memaksa aku berdiam
kehendak aku sendiri
diamku untuk kebaikanmu

Diamku mencari ketenangan
kerana..
aku lupa diri
aku lupa kedudukkan
aku lupa terlalu memaksa

Berikan aku masa agar 
aku bisa perbetulkan kekhilafanku..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis