My Headlines

Saturday, 29 March 2014

PUISI : PERLUKAH AKU MENJADI SEPERTI SANG PUNGGUK?....



 

Perlukah Aku Menjadi Seperti Sang Pungguk?....

Rindu...
kau datang lagi
mencengkam lubuk hati ini
membahang di kedinginan malam
memerih jiwa sepiku

Kenapa aku harus bisa merinduimu?
kenapa?
kenapa?

Tiada istilah untuk ku rungkai
pada untaian rindu yang bertubi-tubi bertamu
bayu malam kebingungan
bulan dan bintang kebingungan
malah pungguk kebingunan jua

Aku bertanya pada hati
kerana hati tak bisa bicara dusta
lantas berkata hati kerana kau SAYANG

Aku bertanya pada malam
kerana malam sentiasa bersamaku
lantas berkata malam kerana kau KESEPIAN

Aku bertanya pada bayu
kerana bayu sentiasa membawa keluhan dan rintihanku
lantas berkata bayu kerana pintu hatinya masih TERTUTUP

aku bertanya pada bulan dan bintang
kerana bulan dan bintang adalah saksi segalanya
lantas berkata bulan dan bintang kau harus BERSABAR

Akhirnya aku bertanya pada pungguk
kerana pungguk adalah simbolik penunggu abadi
lantas berkata pungguk maka jadilah kau saperti AKU

Perlukah aku menjadi seperti sang PUNGGUK?

Lalu berkata pula hati
adilkah untukmu menjadi sang PUNGGUK?
sedangkan kau setia menanti sang rambulan
namun apakah sang rambulan
akan jatuh ke ribamu?
lalu menjadi hakmu yang satu?

Kerana...
CINTA dan SAYANG tak boleh dipaksa
CINTA dan SAYANG tak boleh dijual beli
CINTA dan SAYANG bisa datang dan bisa pergi

Wa Allahu'alam....




Nukilan : Kelana Jiwa
March 26, 2014       04:14am



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis