Terperuk Dalam Notijah Ilusi....
Aku terperuk dalam notijah ilusi
bicara rindu sering menerpa
bicara rindu sering menusuk
dalam nada yang sama
merekah di hujung ketandusan
semu jiwa aksaraku
Apa keupayaanku
lelaki yang teguh berdiri di situ
situasi yang telah terencana
termanggu di ufuk sepi
terngadah tangan mengemis
secubit kasih tak pasti
kerana nilai kasihmu terlalu mahal
Adakala kemanjaanmu terserlah
adakala kemesraanmu terpancar
adakala kenakalanmu terhibur
adakala kelembutanmu terpukau
adakala ketergasanmu terbukti
dan ada ketika aku tersakiti, terusik
Naluri hatimu tak bisa ku duga
aku terleka pada hasrat yang bermain di hati
Aku pengemis tegar
pastikah?...
Aku kebingungan
pastinya...
Gilanya aku
aku boleh berdiri tanpa cinta di sisi
saperti waktu dan ketika ini
Warasnya aku
sedar bahawa aku perlukan cinta
kerana aku cintakan dia
Maafkan bicara ini
andainya ini satu permainan
biarkan aku bermain dengan satu yang kuilusikan
agar aku mampu berdiri tanpa cinta
agar aku boleh melangkah dengan bahagia sebagai seorang manusia
Aku hanya manusia biasa
tersingkap satu yang tertutup (ego yang selama ini terjulang tinggi)
aku bukan seseorang yang sempurna dan aku tahu itu
tetapi aku tahu, aku akan selalu mencintaimu
selamanya
No comments:
Post a Comment