My Headlines

Sunday, 20 March 2016

PUISI : RINDUKU SEMAKIN MEMBIAS...





 photo Melukis harapan_zpsbyizahlc.jpg

Rinduku Semakin membias...


Aku adalah
puisi-puisi rindu yang terpendam
yang engkau titipkan bersama resahnya angin malam
dan jiwaku rapuh
dan jiwaku rindu

Cuma aku yang cuba mengukir takdirku
dengan kalam tadbir yang tidak pernah akur
pada rentak dan irama hidupku
terkadang kelam
terkadang sumbang

Kulakarkan kesedihan ini
nun jauh ke juzuk bumi
biar ianya bersemadi di sana
lalu aku rebah pada luka semalam
dan resahku pun bersambung

Tanpa sesiapa yang tahu
tanpa sesiapa yang mengerti
tanpa sesiapa yang memahami
betapa terlukanya hati
seorang aku..

Dan di penghujung sepi ini
semakin aku sedari
sendiri adalah teman setiaku
menemani pada setiap jaga dan lenaku
yang tersemadi buat selama lamanya

Rinduku semakin membias
mengheret semua kepedihan
mengheret semua kepayahan
dalam bayangan kenangan
yang tak pernah usai....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis