Andai Ini Malam Terakhir ku....
Andai ini malam terakhir ku
Andai esuk tiada lagi untukku
Andai sudah kesampaian masanya
Aku harus pergi
Aku redho dan aku pasrah
Sepuluh jari aku susun
Aku titipkan kemaafan
Dari hujung rambut sampai hujung kaki
Diatas segala keterlanjuran
Dan kekhilafanku selama ini
Kepada para para sahabat
Kepada para para teman
Kepada para para kenalan
Maafkan aku
Kerana aku manusia tidak sempurna
Untuk kamu yang selalu di hatiku
Andai kasih dan sayang yang kudambakan
Tidak sempat dan tidak berkesampaian
Ketahuilah kamu
Bahawa aku tidak pernah kesal
Mengenalimu satu anugerah
Mencintaimu satu kurniaan
Menyayangimu satu keunikkan
Memilikimu satu kepastian yang belum pasti
Melupakan mu bukan aku
Andainya aku pergi sebelum memilikimu
Usah kau ratapi akannya
Usah kau gundah dan kecewa
Kerana aku akan sentiasa berada bersamamu
Walau dunia kita berbeza
Hanya satu yang ku pinta darimu
Tanda kasih dan sayangmu
Lawatilah pusaraku
Dan sedekahkan aku seikhlasmu
Al Fatihah
Dan ketahuilah kamu
Yang bersemadi di pusara ini
Adalah aku
Yang mencintaimu
Yang menyanyangimu
Seikhlas hati hingga akhir hayatnya....
No comments:
Post a Comment