My Headlines

Sunday, 2 August 2015

PUISI : PORT DICKSON...AKU TENANG, AKU DAMAI....





 photo banglo_zpsp1vlrimz.jpg

Port Dickson...Aku Tenang, Aku Damai....

Semalam telah ku tinggalkan
kedamaian hanya seketika
membias kerinduan sanak saudara
merangkuli kenikmatan persaudaraan
aku tenang, aku damai

Saat yang telah lama hilang
kembali terukir kemanisannya
kewujudan yang ku dambakan
semarak jiwa meski kau telah tiada
aku tenang, aku damai

Kini
ketika ini
aku kembali terperuk
aku kembali lelah
kerana aku kembali sendiri
di ruang sepi dan kosong ini

Sayu terhiba
terpaksa jua ku tinggalkan
ketenangan dan kedamaian
kerana masa mencemburi ku
kerana masa memusuhi ku

Selamat tinggal Port Dickson
selamat tinggal tenang dan damai
pasti aku kembali untuk mencarimu
satu ketika nanti
maafkan aku
kerana terpaksa meninggalkan kalian





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis