Ini Duniaku, Maafkan Aku....
Ada ketikanya
ada kalanya
aku sendiri tak bisa memahami
apa sebenar kehendak hati ini
apa yang aku dambakan
Perlukah cinta?
perlukah kasih?
perlukah sayang?
dalam situasi ini
ahhhh! aku kebingungan
Maafkan aku
kerana telah mengecewakan kalian
kerana telah menyakiti hati kalian
tiada ajenda dalam kamus hidupku
untuk berbuat demikian
percayalah
percayalah
Belum bisa terbuka pintu hatiku
untuk bercinta
untuk berkasih
kerana...
aku masih dalam delima
aku masih dalam trauma
sesungguhnya
Aku masih kesendirian
aku masih keseorangan
lelah dalam dunia ku sendiri
meskipun keperihan
meskipun kesepian
meskipun kesiksaan
aku harus tempuhi jua
Ini duniaku
biarkan aku dengan dunia ku
untuk seketika
bukan egois
bukan sombong
bukan riak
bukan takbur
bukan, bukan dan bukan
Mengerti dan fahamilah
maafkan aku
maafkan aku
takdir yang akan menentukan segala-galanya
No comments:
Post a Comment