Aku Adalah Aku....
Aku adalah aku
kenapa aku mesti di aibkan
kenapa maruahku di jadikan pertaruhan
aku kebingungan
aku kecewa amat
jangan bisa cuba persendakan
keikhlasan dan kejujuranku
Aku adalah aku
aku dengan dunia kesendirianku
mana mungkin aku bisa memaksa
mana-mana atau sesiapa jua
namun aku amat-amat sanjungi
sesiapa saja yang menghargai
keikhlasan dan kejujuran diriku
Aku adalah aku
jangan sesekali terbisa
mencabari noktah kesabaranku
aku bukan pendamba
aku bukan pengemis
aku bukan penagih
Aku adalah aku
kesendirian dan kesepian
tidak bermakna tiada kehidupan bagiku
aku butuh hidup tanpa kasih dan sayang
sebagaimana yang ku tempuhi sekarang
bagiku sepi itu indah meskipun keperitan
bukan kerana keegoan tapi kenyataan
No comments:
Post a Comment