Batu Sandungan....
Kenapa aku sering mengeluh
kenapa aku sering mengadu domba tentang hidup ku
seolah-olah tidak mensyukuri
apa yang telah menelusuri jalan takdir
apa yang telah tersurat dan tersirat
Tapi sengaja aku ingin bicara
Maha Pencipta punya rencana
Maha Penguasa takdir punya jalan cerita
agar aku lebih kuat dalam bertahan
agar aku terus berusaha bangkit
Bangkit dari lamunan ilusi
menyusuri liku-liku alam realiti
yang telah lama aku persiakan
yang telah lama aku noktahkan
kerana taksub pada memori luka semalam
Sebuah anugerah terindah
Tuhan berikan ku kesempatan untuk membelai jiwaku
biarkan cinta ku pergi
kerana kamu bukan milikku
kelak mungkin ku akan temukan insan seindah dirimu
Agar aku menemukan cinta dengan sebuah perjuangan
sehingga lekat dalam setiap ingatan
tak mudah goyah
tak mudah sirna
oleh batu sandungan kegagalan dan kecewa
No comments:
Post a Comment